Komputer merupakan mesin boleh atur cara atau kod khas yang
direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang
membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari
dan berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi
oleh pemuatan storan, ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan
Aksesori seperti papan kekunci, tetikus atau kad grafik
boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan
output.
Unit pemproses komputer
(CPU) melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan
kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan
loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan melaksanakan
arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau
persekitarannya. Komputer boleh juga bertindak balas terhadap sampukan (Interrupt) yang membuatkan ia
melaksanakan set arahan tertentu dan kemudian kembali meneruskan apa yang ia
sedang buat sebelum sampukan (Interrupt).
Sumber Maklumat :
Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Komputer#Ingatan
No comments:
Post a Comment