Kajian statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 menunjukkan pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1% peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan di Malaysia. Kajian juga menunjukkan kira-kira 10 juta pengguna di negara ini dilaporkan mempunyai tunggakan lebih RM 24.4 billion ringgit tetapi hanya 30% daripada mereka membayar balik baki penuh setiap bulan. Perkara ini terjadi apabila sekiranya seseorang itu berhutang RM 1,000.00 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum 5% peratus setiap bulan, pengguna kad kredit tersebut akan mengambil masa lima (5) tahun lapan (8) bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah yang dikenakan.
Keghairahan untuk memiliki kad kredit sangat tinggi terutama kepada golongan muda yang baru terbabit dalam dunia pekerjaan. Mereka menganggap memiliki kad kredit merupakan suatu trend dan ingin kelihatan bergaya dan mewah di mata masyarakat tanpa menyedari kemampuan untuk membuat pembayaran balik pinjaman serta faedah dan juga pelbagai syarat perjanjian terselindung yang ditandatangani oleh pemegang kad kredit.

SumberMaklumat : http://www.akpk.org.my/my/
No comments:
Post a Comment