Jenayah siber kian meningkat sehingga 88% peratus pada 2012,
berbanding hanya 8,090 kes tahun sebelumnya. Ini hanya kes dilaporkan, namun
masih ada banyak lagi kes jenayah siber belum dilaporkan kepada pihak berkuasa
yang memantau kes ini. Isu jenayah siber ini mampu mengheret semua lapisan
masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa ke kancah yang
membimbangkan.
Anggaran kira-kira 90% peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak
dan remaja berusia lima hingga 18 tahun mudah terdedah dengan gejala negatif
siber ini malah 94% peratus pengguna Internet di Malaysia adalah remaja.
Ada ketikanya pengguna Internet terlalu percaya kepada orang
lain walaupun baru mengenali rakan yang menambah mereka di laman sosial,
contohnya di Facebook, twitter dan sebagainya sehinggakan berkongsi maklumat
peribadi seperti nombor telefon, nama penuh dan kisah peribadi. Mereka ini
tidak memikirkan kesan baik dan buruk dengan berbuat demikian.
Penggunaan Internet ini juga turut menggalakkan penyamaran seperti tidak memaparkan nama dan wajah sebenar. Namun pengguna Internet yang bijak akan memikirkan keburukan itu dan lebih berhati-hati untuk menerima mereka sebagai kenalan baru.
Mereka ini akan menyebarkan maklumat lucah, imej pornografi, fail maklumat palsu, fakta yang tidak sahih dan berunsur fitnah. Sehinggakan individu itu berasa malu dan terasa diri diaibkan. Bahkan pengguna Internet juga seharusnya tidak terlalu memaparkan ketidakpuasan hati di laman sosial kerana ada pihak lain yang akan membacanya.

Antara langkah wajar yang boleh dilakukan adalah melindungi sistem
komputer sendiri seperti setiap pengguna Internet haruslah memantapkan diri
dengan ilmu dan teknologi supaya tahu perisian komputer itu. Misalnya
melindungi komputer sendiri dengan perisian seperti antivirus, firewall, pop-up
blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain.
Sumber maklumat : Mymetro (13 Jun 2013)
No comments:
Post a Comment