Friday, 27 December 2013

Jenayah Siber di Malaysia



Jenayah siber kian meningkat sehingga 88% peratus pada 2012, berbanding hanya 8,090 kes tahun sebelumnya. Ini hanya kes dilaporkan, namun masih ada banyak lagi kes jenayah siber belum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang memantau kes ini. Isu jenayah siber ini mampu mengheret semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa ke kancah yang membimbangkan.
Anggaran kira-kira 90% peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahun mudah terdedah dengan gejala negatif siber ini malah 94% peratus pengguna Internet di Malaysia adalah remaja.
Ada ketikanya pengguna Internet terlalu percaya kepada orang lain walaupun baru mengenali rakan yang menambah mereka di laman sosial, contohnya di Facebook, twitter dan sebagainya sehinggakan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama penuh dan kisah peribadi. Mereka ini tidak memikirkan kesan baik dan buruk dengan berbuat demikian.

Penggunaan Internet ini juga turut menggalakkan penyamaran seperti tidak memaparkan nama dan wajah sebenar. Namun pengguna Internet yang bijak akan memikirkan keburukan itu dan lebih berhati-hati untuk menerima mereka sebagai kenalan baru.

Mereka ini akan menyebarkan maklumat lucah, imej pornografi, fail maklumat palsu, fakta yang tidak sahih dan berunsur fitnah. Sehinggakan individu itu berasa malu dan terasa diri diaibkan. Bahkan pengguna Internet juga seharusnya tidak terlalu memaparkan ketidakpuasan hati di laman sosial kerana ada pihak lain yang akan membacanya.
Antara langkah wajar yang boleh dilakukan adalah melindungi sistem komputer sendiri seperti setiap pengguna Internet haruslah memantapkan diri dengan ilmu dan teknologi supaya tahu perisian komputer itu. Misalnya melindungi komputer sendiri dengan perisian seperti antivirus, firewall, pop-up blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain.

Sumber maklumat : Mymetro (13 Jun 2013)

Monday, 16 December 2013

Philosophy : Albert Einstein



"A person who never made a mistake never tried anything new."

By : Albert Einstein

A person who never made a mistake never tried anything new.

Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/a/alberteins148788.html#4yAeRVX82kFW2yxX.99
A person who never made a mistake never tried anything new.

Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/a/alberteins148788.html#4yAeRVX82kFW2yxX.99

Saturday, 30 November 2013

Penyakit Buah Pinggang Kronik

Pengertian :- buah pinggang atau juga dikenali sebagai ginjal ialah kehilangan progresif fungsi buah pinggang yang lambat selama beberapa tahun, mengakibatkan kegagalan buah pinggang yang kekal.

Penyebab berlakunya kegagalan buah pinggang : -tekanan darah tinggi -penyakit diabetis -penyakit ginjal polycystic -sekatan pada saluran kencing -glomerulonephritis -kanser -kegagalan autoimmune -systemic lupus erythematosus(SLE) -penyakit jantung dan paru-paru -pengambilan ubat tahan sakit dalam jangka masa yang panjang(cth: acetaminophen dan NSAIDS).

Tanda-tanda dan simtom : -tekanan darah meningkat disebabkan peningkatan cecair di dalam badan -risiko bertambah kepada pesakit yang mengalami penyakit tekanan darah tinggi -kegagalan jantung -pengumpulan urea berlaku dan menyebabkan azotemia -uremia,pericarditis dan encephalopathy -urea dirembeskan melalui cara perpeluhan dan mengkristal pada kulit( uremic frost ) -potasium berkumpul didalam darah dan membawa kepada kegagalan jantung arrhythmias -kurangnya mensintesis erythropoietin(berpotensi menjadi anemia yang boleh menyebabkan keletihan) -isipadu cecair overload(edema ringan, pulmonary edema) -hyperphosphatemia(disebabkan berkurangnya pengeluaran phosphate berkaitan dengan hypocalcemia -kekurangan vitamin D3 -hyperparathyroidism -hypercalcemia -renal osteodystrophy -kalsifikasi vaskular yang selanjutnya menganggu fungsi jantung -atherosclerosis -penyakit kardiovaskular -sistem neurologic seperti penurunan kognitif, perubahan personaliti, asterixis atau gangguan motor yang memberi kesan pada otot, dan sawan -sistem gastrointestinal seperti loya, muntah, hilang deria rasa -sistem pembentukan darah seperti anemia disebabkan kekurangan erythropoetin, mudah lebam dan berdarah disebabkan ketidaknormalan platelets -sistem pulmonari seperti kesukaran bernafas -sistem kardiovaskular seperti sakit dada disebabkan inflamasi disekeliling jantung (pericarditis),dan penggumpulan cecair di sekeliling jantung (pericardial effusion) -gatal-gatal pada kulit.

Diagnosis : -peningkatan blood urea nitrogen (BUN)dan creatinine -kurang sel darah merah -peningkatan hormon parathyroid -kurang kalsium dalam darah (hypocalcemia) -peningkatan phosphate dalam darah (hyperphoshatemia) -peningkatan potasium dalam darah (hyperkalemia) -kurang sodium dalam darah (hyponatremia) -kurang bikarbonate dalam darah -kurang pH dalam darah.








Sumber Maklumat : http://www.nkf.org.my/

Saturday, 23 November 2013

Philosophy : Plato

'' Good people do not need laws to tell them to act responsibly, while bad people will find a way around the laws ''.

By : Plato

Wednesday, 13 November 2013

Kad Kredit

Kad kredit merupakan sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai yang boleh dibawa dan digunakan pada bila-bila masa dan tempat. Namun, penggunaan kad kredit telah menjadi suatu keperluan didalam kehidupan seharian yang boleh membawa kepada kebaikan (bagi mereka yang pandai menggunakannya) dan juga keburukan (kepada mereka yang tidak berhemah dalam penggunaan kad kredit) kepada si pengguna.

Kajian statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 menunjukkan pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1% peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan di Malaysia. Kajian juga menunjukkan kira-kira 10 juta pengguna di negara ini dilaporkan mempunyai tunggakan lebih RM 24.4 billion ringgit tetapi hanya 30% daripada mereka membayar balik baki penuh setiap bulan. Perkara ini terjadi apabila sekiranya seseorang itu berhutang RM 1,000.00 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum 5% peratus setiap bulan, pengguna kad kredit tersebut akan mengambil masa lima (5) tahun lapan (8) bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah yang dikenakan.

Keghairahan untuk memiliki kad kredit sangat tinggi terutama kepada golongan muda yang baru terbabit dalam dunia pekerjaan. Mereka menganggap memiliki kad kredit merupakan suatu trend dan ingin kelihatan bergaya dan mewah di mata masyarakat tanpa menyedari kemampuan untuk membuat pembayaran balik pinjaman serta faedah dan juga pelbagai syarat perjanjian terselindung yang ditandatangani oleh pemegang kad kredit.

Sebagai pengguna kad kredit seharusnya bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian agar kemudahan kad kredit yang ada dapat digunakan secara betul dan berhemah bagi menggelakan daripada diisytihar muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit.


SumberMaklumat : http://www.akpk.org.my/my/