Saturday, 18 January 2014

Teori Abraham Maslow

Menurut Teori Abraham H.Maslow, keperluan manusia itu pada dasarnya, bertingkat-tingkat, bermula dari tingkatan yang paling bawah sampai ke tingkatan yang paling tinggi. Keperluan padaa tingkatan yang lebih tinggi tidak mungkin timbul sebelum keperluan yang lebih mendasar terpenuhi. Secara lebih terperinci, tingkatan keperluan manusia yang dikemukakan Maslow adalah seperti berikut:




Keperluan fisiologi merupakan keperluan yang berkaitan langsung dengan penerusan kehidupan manusia, sehingga pemuasannya tidak dapat ditunda. Keperluan-keperluan dasar biologi ini antara lain adalah meliputi keperluan makan, minum, oksigen, istirehat, aktif, keseimbangan temperature, seks, dan stimulasi sensori. Keperluan-keperluan ini tentu akan mendesak untuk didahulukan pemuasannya dibanding dengan keperluan-keperluan lain. Seorang individu tidak akan beranjak pada keperluan lain sebelum keperluan dasar ini dipenuhi.

Sebagai contoh, orang yang sedang lapar tidak akan terpengaruh dengan motivasi lain sebelum keperluan makannya dipenuhi. Dia tidak akan terdorong untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar, bekerja, bermain dan sebagainya. Dorongan motivasinya akan senantiasa tertuju pada keperluan makan. Seseorang akan dapat melakukan tindakan apa pun, bahkan yang tidak wajar sekalipun, untuk memenuhi keperluan makannya. Misalnya, orang dapat membunuh, mencuri, atau memakan sesuatu yang tidak biasa dimakan. Oleh kerananya, wajarlah jika pada situasi kelaparan seseorang akan cenderung berbuat jahat. Nilai-nilai moral kemanusiaan yang sebelumnya dipegang oelh seorang individu akan sirna tatkala ia terdorong oleh keperluan fisiologi yang mendesak. Dari sinilah maka Maslow berkesimpulan bahawa memeahami keperluan fisiologi manusia, utamanya keperluan makanan, merupakan aspek penting dalam memahami manusia secara keseluruhannya.

Konsep Maslow tentang keperluan fisiologi ini sekaligus merupakan jawapan terhadap pandangan behaviorisme, bahawa satu-satunya motivasi tingkah laku seseorang adalah keperluan fisiologi. Bagi Maslow, konsep ini hanya dapat berlaku jika keperluan fisiologi belum dipenuhi. Jika keperluan-keperluan fisiologi telah dipenuhi, seseorang individu akan menuntut keperluan yang lebih tinggi, dan begitulah seterusnya.


Sumber maklumat :  Exspresi Cinta Seorang Pemuda

Hak Asasi Manusia






Hak asasi manusia adalah hak sejagat dimana kita semua berhak mendapat hak yang sama, tanpa mengira kewarganegaraan, jantina, agama, budaya, kumpulan etnik dan lain-lain. Hak asasi manusia dan pembangunan lestari mempunyai satu hubungan yang unik di mana ia tidak boleh dipisahkan, bak kata pepatah, ‘air dicincang tidak akan putus’. Menghormati hak asasi manusia telah diiktiraf sebagai prasyarat untuk pembangunan. Sekiranya hak-hak asasi manusia rakyat terancam, iaitu kekurangan akses kepada makanan, kesihatan, pendidikan, tempat tinggal serta kebebasan untuk bersuara, maka hilangnya juga hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan lestari. Justeru, pembangunan lestari hanya boleh berkembang jika hak asasi manusia dilindungi.

Malangnya, kekurangan pengetahuan dalam keupayaan undang-undang ini sering menafikan hak individu masing-masing. Justeru, setiap individu haruslah sedar akan hak mereka terutamanya apabila hak asasi manusia dan pembangunan lestari berkait rapat. Golongan belia yang kini akan meneruskan perjuangan untuk pembangunan social dan ekonomi yang mengutamakan alam sekitar, budaya, bangsa serta hak asasi manusia haruslah diletakkan di tengah agenda Negara. Tanpa menghormati hak asasi manusia, keupayaan orang ramai untuk maju ke masa depan yang lestari tidak akan berjaya.



Sumber maklumat  :  Laman Berita Pengguna, Konsumer Terkini (Onn May Ling)

Extreme Couponing Season 1


Philosophy : Elbert Hubbard

" Do not take life too seriously. You will never get out of it alive "

By : Elbert Hubbard

Thursday, 16 January 2014

e-BR1M

  •    Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
           (i)       Warganegara Malaysia
           (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal   serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                      bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
           (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
           (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
       
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
       
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.



Kemas kini bole dilakukan di sini : https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx





Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan yang perlu di masak diatas dapur api : ( Masak sampai semua bahan-bahan ini sehingga sebati)

  • 1 Cawan susu cair
  • 1Cawan serbuk koko
  • 1 Cawan susu pekat
  • 1 Cawan gula
  • Sedikit serbuk penaik 
  • 1 Sudu esen vanilla
  • 1 Cawan minyak (masukkan yang terakhir).                  

Bahan-bahan yang perlu dikisar :

  •  1 Cawan tepung gandum 
  • 4 Biji telur.              

Bahan-bahan yang dimasak tadi dicampurkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar. Setelah siap, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit dengan api yang sederhana.



                                

Wednesday, 15 January 2014

Revolusi Logo Apple





 Logo Apple ketika tahun 2003-sekarang



 Logo Apple ketika tahun 2001-2003






  Logo Apple ketika tahun 1998

  Logo Apple ketika tahun 1976 
dibuat oleh Rob Janoff  (tahun 1976-1998)


 
Logo Apple Computer
pertama kali, dibuat oleh Ronald Wayne (tahun 1976)