Wednesday, 15 January 2014

Panduan Perbelanjaan Perkahwinan

a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 20,000 
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indahbuat anda dan pasangan anda. 
b) Perbelanjaan sebanyak RM 20,001 – 30,500 
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi. 
c) Perbelanjaan sebanyak RM 30,501 – 40,500 
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm... jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di
sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel. 
d) Perbelanjaan sebanyak RM 40,501 – ke atas 
Jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu daripada dua tempat tersebut.

No comments:

Post a Comment