Menurut Teori Abraham H.Maslow, keperluan manusia itu pada dasarnya,
bertingkat-tingkat, bermula dari tingkatan yang paling bawah sampai ke
tingkatan yang paling tinggi. Keperluan padaa tingkatan yang lebih
tinggi tidak mungkin timbul sebelum keperluan yang lebih mendasar
terpenuhi. Secara lebih terperinci, tingkatan keperluan manusia yang
dikemukakan Maslow adalah seperti berikut:
Keperluan fisiologi merupakan keperluan yang berkaitan langsung dengan
penerusan kehidupan manusia, sehingga pemuasannya tidak dapat ditunda.
Keperluan-keperluan dasar biologi ini antara lain adalah meliputi
keperluan makan, minum, oksigen, istirehat, aktif, keseimbangan
temperature, seks, dan stimulasi sensori. Keperluan-keperluan ini tentu
akan mendesak untuk didahulukan pemuasannya dibanding dengan
keperluan-keperluan lain. Seorang individu tidak akan beranjak pada
keperluan lain sebelum keperluan dasar ini dipenuhi.
Sebagai contoh, orang yang sedang lapar tidak akan terpengaruh dengan
motivasi lain sebelum keperluan makannya dipenuhi. Dia tidak akan
terdorong untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar, bekerja,
bermain dan sebagainya. Dorongan motivasinya akan senantiasa tertuju
pada keperluan makan. Seseorang akan dapat melakukan tindakan apa pun,
bahkan yang tidak wajar sekalipun, untuk memenuhi keperluan makannya.
Misalnya, orang dapat membunuh, mencuri, atau memakan sesuatu yang
tidak biasa dimakan. Oleh kerananya, wajarlah jika pada situasi
kelaparan seseorang akan cenderung berbuat jahat. Nilai-nilai moral
kemanusiaan yang sebelumnya dipegang oelh seorang individu akan sirna
tatkala ia terdorong oleh keperluan fisiologi yang mendesak. Dari
sinilah maka Maslow berkesimpulan bahawa memeahami keperluan fisiologi
manusia, utamanya keperluan makanan, merupakan aspek penting dalam
memahami manusia secara keseluruhannya.
Sumber maklumat : Exspresi Cinta Seorang Pemuda
No comments:
Post a Comment