Hak asasi manusia adalah hak sejagat dimana kita semua berhak mendapat
hak yang sama, tanpa mengira kewarganegaraan, jantina, agama, budaya,
kumpulan etnik dan lain-lain. Hak asasi manusia dan pembangunan lestari
mempunyai satu hubungan yang unik di mana ia tidak boleh dipisahkan, bak
kata pepatah, ‘air dicincang tidak akan putus’. Menghormati hak asasi
manusia telah diiktiraf sebagai prasyarat untuk pembangunan. Sekiranya
hak-hak asasi manusia rakyat terancam, iaitu kekurangan akses kepada
makanan, kesihatan, pendidikan, tempat tinggal serta kebebasan untuk
bersuara, maka hilangnya juga hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam
pembangunan lestari. Justeru, pembangunan lestari hanya boleh berkembang
jika hak asasi manusia dilindungi.Malangnya, kekurangan pengetahuan dalam keupayaan undang-undang ini sering menafikan hak individu masing-masing. Justeru, setiap individu haruslah sedar akan hak mereka terutamanya apabila hak asasi manusia dan pembangunan lestari berkait rapat. Golongan belia yang kini akan meneruskan perjuangan untuk pembangunan social dan ekonomi yang mengutamakan alam sekitar, budaya, bangsa serta hak asasi manusia haruslah diletakkan di tengah agenda Negara. Tanpa menghormati hak asasi manusia, keupayaan orang ramai untuk maju ke masa depan yang lestari tidak akan berjaya.
Sumber maklumat : Laman Berita Pengguna, Konsumer Terkini (Onn May Ling)
No comments:
Post a Comment