Saturday, 18 January 2014

Teori Abraham Maslow

Menurut Teori Abraham H.Maslow, keperluan manusia itu pada dasarnya, bertingkat-tingkat, bermula dari tingkatan yang paling bawah sampai ke tingkatan yang paling tinggi. Keperluan padaa tingkatan yang lebih tinggi tidak mungkin timbul sebelum keperluan yang lebih mendasar terpenuhi. Secara lebih terperinci, tingkatan keperluan manusia yang dikemukakan Maslow adalah seperti berikut:




Keperluan fisiologi merupakan keperluan yang berkaitan langsung dengan penerusan kehidupan manusia, sehingga pemuasannya tidak dapat ditunda. Keperluan-keperluan dasar biologi ini antara lain adalah meliputi keperluan makan, minum, oksigen, istirehat, aktif, keseimbangan temperature, seks, dan stimulasi sensori. Keperluan-keperluan ini tentu akan mendesak untuk didahulukan pemuasannya dibanding dengan keperluan-keperluan lain. Seorang individu tidak akan beranjak pada keperluan lain sebelum keperluan dasar ini dipenuhi.

Sebagai contoh, orang yang sedang lapar tidak akan terpengaruh dengan motivasi lain sebelum keperluan makannya dipenuhi. Dia tidak akan terdorong untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar, bekerja, bermain dan sebagainya. Dorongan motivasinya akan senantiasa tertuju pada keperluan makan. Seseorang akan dapat melakukan tindakan apa pun, bahkan yang tidak wajar sekalipun, untuk memenuhi keperluan makannya. Misalnya, orang dapat membunuh, mencuri, atau memakan sesuatu yang tidak biasa dimakan. Oleh kerananya, wajarlah jika pada situasi kelaparan seseorang akan cenderung berbuat jahat. Nilai-nilai moral kemanusiaan yang sebelumnya dipegang oelh seorang individu akan sirna tatkala ia terdorong oleh keperluan fisiologi yang mendesak. Dari sinilah maka Maslow berkesimpulan bahawa memeahami keperluan fisiologi manusia, utamanya keperluan makanan, merupakan aspek penting dalam memahami manusia secara keseluruhannya.

Konsep Maslow tentang keperluan fisiologi ini sekaligus merupakan jawapan terhadap pandangan behaviorisme, bahawa satu-satunya motivasi tingkah laku seseorang adalah keperluan fisiologi. Bagi Maslow, konsep ini hanya dapat berlaku jika keperluan fisiologi belum dipenuhi. Jika keperluan-keperluan fisiologi telah dipenuhi, seseorang individu akan menuntut keperluan yang lebih tinggi, dan begitulah seterusnya.


Sumber maklumat :  Exspresi Cinta Seorang Pemuda

Hak Asasi Manusia






Hak asasi manusia adalah hak sejagat dimana kita semua berhak mendapat hak yang sama, tanpa mengira kewarganegaraan, jantina, agama, budaya, kumpulan etnik dan lain-lain. Hak asasi manusia dan pembangunan lestari mempunyai satu hubungan yang unik di mana ia tidak boleh dipisahkan, bak kata pepatah, ‘air dicincang tidak akan putus’. Menghormati hak asasi manusia telah diiktiraf sebagai prasyarat untuk pembangunan. Sekiranya hak-hak asasi manusia rakyat terancam, iaitu kekurangan akses kepada makanan, kesihatan, pendidikan, tempat tinggal serta kebebasan untuk bersuara, maka hilangnya juga hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan lestari. Justeru, pembangunan lestari hanya boleh berkembang jika hak asasi manusia dilindungi.

Malangnya, kekurangan pengetahuan dalam keupayaan undang-undang ini sering menafikan hak individu masing-masing. Justeru, setiap individu haruslah sedar akan hak mereka terutamanya apabila hak asasi manusia dan pembangunan lestari berkait rapat. Golongan belia yang kini akan meneruskan perjuangan untuk pembangunan social dan ekonomi yang mengutamakan alam sekitar, budaya, bangsa serta hak asasi manusia haruslah diletakkan di tengah agenda Negara. Tanpa menghormati hak asasi manusia, keupayaan orang ramai untuk maju ke masa depan yang lestari tidak akan berjaya.



Sumber maklumat  :  Laman Berita Pengguna, Konsumer Terkini (Onn May Ling)

Extreme Couponing Season 1


Philosophy : Elbert Hubbard

" Do not take life too seriously. You will never get out of it alive "

By : Elbert Hubbard

Thursday, 16 January 2014

e-BR1M

  •    Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
           (i)       Warganegara Malaysia
           (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal   serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                      bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
           (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
           (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
       
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
       
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.



Kemas kini bole dilakukan di sini : https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx





Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan yang perlu di masak diatas dapur api : ( Masak sampai semua bahan-bahan ini sehingga sebati)

  • 1 Cawan susu cair
  • 1Cawan serbuk koko
  • 1 Cawan susu pekat
  • 1 Cawan gula
  • Sedikit serbuk penaik 
  • 1 Sudu esen vanilla
  • 1 Cawan minyak (masukkan yang terakhir).                  

Bahan-bahan yang perlu dikisar :

  •  1 Cawan tepung gandum 
  • 4 Biji telur.              

Bahan-bahan yang dimasak tadi dicampurkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar. Setelah siap, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit dengan api yang sederhana.



                                

Wednesday, 15 January 2014

Revolusi Logo Apple





 Logo Apple ketika tahun 2003-sekarang



 Logo Apple ketika tahun 2001-2003






  Logo Apple ketika tahun 1998

  Logo Apple ketika tahun 1976 
dibuat oleh Rob Janoff  (tahun 1976-1998)


 
Logo Apple Computer
pertama kali, dibuat oleh Ronald Wayne (tahun 1976)



Panduan Perbelanjaan Perkahwinan

a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 20,000 
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indahbuat anda dan pasangan anda. 
b) Perbelanjaan sebanyak RM 20,001 – 30,500 
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi. 
c) Perbelanjaan sebanyak RM 30,501 – 40,500 
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm... jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di
sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel. 
d) Perbelanjaan sebanyak RM 40,501 – ke atas 
Jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu daripada dua tempat tersebut.

Asal-usul nama Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [1]

Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

The Wonders of The Ancient World


"Since when has the world of computer software design been about what people want? This is a simple question of evolution. The day is quickly coming when every knee will bow down to silicon fist, and you will all beg your binary gods for mercy" .


By : Bill Gates
" Since when has the world of computer software design been about what people want? This is a simple question of evolution. The day is quickly coming when every knee will bow down to a silicon fist, and you will all beg your binary gods for mercy.
Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/b/billgates191271.html#xyDdg4gqzEUJ8PtW.99

Monday, 13 January 2014

Cabaran Wawasan 2020 - 9 Cabaran


  •   Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. 
  •         Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
  •              Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
  •              Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
  •             Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  •            Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
  •            Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan  berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh.
  •              Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
  •          Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai      ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


5 Carta Gadget Tahun 2014

1. ) 110 inch Giant Screen 4K TVs



2. ) Xbox One PlayStation 4 (3D) Gaming




3. ) Electric Cars





4. )  Sharing Economy / Tech For Good




5. ) iPhone 6

Saturday, 11 January 2014

Philosophy : Nelson Mandela






" After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb "



By : Nelson Mandela